Monday, April 27, 2009

SiSteM gRiD Di InDiA

System grid
Grid memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah susunan organsasi. System grid ini mengandungi bentuk dan juga ruang.. Setiap kedudukan dalam sesuatu ruang ditentukan oleh corak grid tersebut.


Pada zaman dahulu dalam menetukan corak atau pelan penempatan mereka menggunakan kaedah system ini..Ini adalah untuk memudahkan mereka menyusun atur kedudukan mereka.. Ini adalah kerana pada zaman dahulu mereka amat mementingkan seni, cuaca, kasta dan lain-lain dalam menentukan penempatan mereka.. Tambahan pula, seseorang pemerintah memerlukan keadaan negara yang sistematik agar seluruh rakyatnya hidup dalam keselesaan.. Dari sudut bangunan pula., oleh kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tersendiri maka susun atur dalam bangunan memainkan peranan yang penting.. Seperti contoh dalam tamadun hindu.. mereka menganggap kaum Brahmin mempunyai kedudukan yang tinggi.. oleh sebab itu mereka akan akan mementingkan Brahmin terlebih dahulu di mana di dalam system grid Brahmin akan mewakili petak di tengah dan dikelilingi tuhan-tuhan yang lain.


Sistem grid di tamadun hindu
Bagi tamadun di Indus, terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Mohenja Daro ( di Sind) dan Harappa (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama. Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Di sini dapat dilihat bahawa agama hindu menggunakan sistem grid dalam menentukan corak penempatan dan juga kegunaan sistem grid. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. Ditengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus. Selain itu terdapat juga beberapa kuil yang menekankan system grid ini.

TEORI SENI BINA AGAMA HINDU
Agama hindu mempunyai teori seni bina yang sendiri.. mereka menggunakan system trabaete. System trabaete ini adalah sistem tiang menegak dan alang melintang.. Walaupun system “arch vault” merupakan lebih ekonomikal dan digunakan di seluruh dunia, namun system tersebut langsung tidak mendapat perhatian dalam senibina Hindu..
Di dalam seni bina hindu juga, konsep asas perancangan sebarang kuil dikuasai oleh ahli tukang iaitu ia mestilah seorang Brahmin.ia berkuasa menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil.. Ia juga menentukan keadaan tanah dan tebalnya sesuatu dinding atau tiang mengikut “mythological dan astronomical”.
Agama Hindu telah memilih symbol segiempat sebagai bentuk yang sempurna. Ini kerana segiempat memberi maksud sesuatu yang kekal dan juga stabil.. ini bercanggah dengan symbol pilihan agama Buddha iaitu bulatan. Ia menjadi pilihan agama Buddha ia akan bercanggah dengan konsep agama Hindu.. Bulatan membawa maksud perubahan atau pergerakan.
Berdasarkan segiempat ini telah wujud satu system iaitu “Mandala”.. Mandala empat segi atau charta firasat juru bina Hindu, mengandungi 64, 81 kotak. Seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini, Brahma sebagai tuhan utama, pencipta, pemelihara dan pemusnah menduduki empat segi di tengah, manakala tuhan-tuhan lain menduduki tempat-tempat di penjuru nya.
Sebelum Leonardo da Vincci atau Le Corbusier menerokai tentang penggunaan manusia dalam senibina, agama Hindu terlebeh dahulu menerokainya.. system ukuran Hindu dikenali sebagai “Vastupurshamandala” (carta ajaib)..

CONTOH- CONTOH BANGUNAN ATUPUN KUIL YANG MENGGUNAKAN SISTEM SEGIEMPAT.
Beberapa contoh kuil yang memgunakan sistem grid.. Antaranya ialah :
· Kuil Kailasanath ,
· Kuil Visvanatha dan Kuil Nandi,
· Kuil Shiva,
· Gua Ramashvara,
· Kuil malegiti – Shivalaya,
· Kuil Ambranath.
Selain daripada kuil , bangunan lain turut didirkan dengan asas segiempat.. sebagai contoh SANTAGARA. Santhagara adalah satu dewan perhimpunan yang terdapat banyak kampung di sekitarnya..
Selain itu adalah dewan chaitya Budhha.. Konsep binaan nya ialah segiempat dan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada bilah-bilah kayu dan ditutupi dengan atap genting. Dinding dewan ini diperbuat daripada bata. Ia dibina tinggi pada paras tanah dan dipagari dengan selusur di sekeliling

No comments: