Monday, April 27, 2009

BuLaN-BuLaN KeLaHiRaN

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

SiSteM gRiD Di InDiA

System grid
Grid memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah susunan organsasi. System grid ini mengandungi bentuk dan juga ruang.. Setiap kedudukan dalam sesuatu ruang ditentukan oleh corak grid tersebut.


Pada zaman dahulu dalam menetukan corak atau pelan penempatan mereka menggunakan kaedah system ini..Ini adalah untuk memudahkan mereka menyusun atur kedudukan mereka.. Ini adalah kerana pada zaman dahulu mereka amat mementingkan seni, cuaca, kasta dan lain-lain dalam menentukan penempatan mereka.. Tambahan pula, seseorang pemerintah memerlukan keadaan negara yang sistematik agar seluruh rakyatnya hidup dalam keselesaan.. Dari sudut bangunan pula., oleh kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tersendiri maka susun atur dalam bangunan memainkan peranan yang penting.. Seperti contoh dalam tamadun hindu.. mereka menganggap kaum Brahmin mempunyai kedudukan yang tinggi.. oleh sebab itu mereka akan akan mementingkan Brahmin terlebih dahulu di mana di dalam system grid Brahmin akan mewakili petak di tengah dan dikelilingi tuhan-tuhan yang lain.


Sistem grid di tamadun hindu
Bagi tamadun di Indus, terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Mohenja Daro ( di Sind) dan Harappa (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama. Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Di sini dapat dilihat bahawa agama hindu menggunakan sistem grid dalam menentukan corak penempatan dan juga kegunaan sistem grid. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. Ditengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus. Selain itu terdapat juga beberapa kuil yang menekankan system grid ini.

TEORI SENI BINA AGAMA HINDU
Agama hindu mempunyai teori seni bina yang sendiri.. mereka menggunakan system trabaete. System trabaete ini adalah sistem tiang menegak dan alang melintang.. Walaupun system “arch vault” merupakan lebih ekonomikal dan digunakan di seluruh dunia, namun system tersebut langsung tidak mendapat perhatian dalam senibina Hindu..
Di dalam seni bina hindu juga, konsep asas perancangan sebarang kuil dikuasai oleh ahli tukang iaitu ia mestilah seorang Brahmin.ia berkuasa menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil.. Ia juga menentukan keadaan tanah dan tebalnya sesuatu dinding atau tiang mengikut “mythological dan astronomical”.
Agama Hindu telah memilih symbol segiempat sebagai bentuk yang sempurna. Ini kerana segiempat memberi maksud sesuatu yang kekal dan juga stabil.. ini bercanggah dengan symbol pilihan agama Buddha iaitu bulatan. Ia menjadi pilihan agama Buddha ia akan bercanggah dengan konsep agama Hindu.. Bulatan membawa maksud perubahan atau pergerakan.
Berdasarkan segiempat ini telah wujud satu system iaitu “Mandala”.. Mandala empat segi atau charta firasat juru bina Hindu, mengandungi 64, 81 kotak. Seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini, Brahma sebagai tuhan utama, pencipta, pemelihara dan pemusnah menduduki empat segi di tengah, manakala tuhan-tuhan lain menduduki tempat-tempat di penjuru nya.
Sebelum Leonardo da Vincci atau Le Corbusier menerokai tentang penggunaan manusia dalam senibina, agama Hindu terlebeh dahulu menerokainya.. system ukuran Hindu dikenali sebagai “Vastupurshamandala” (carta ajaib)..

CONTOH- CONTOH BANGUNAN ATUPUN KUIL YANG MENGGUNAKAN SISTEM SEGIEMPAT.
Beberapa contoh kuil yang memgunakan sistem grid.. Antaranya ialah :
· Kuil Kailasanath ,
· Kuil Visvanatha dan Kuil Nandi,
· Kuil Shiva,
· Gua Ramashvara,
· Kuil malegiti – Shivalaya,
· Kuil Ambranath.
Selain daripada kuil , bangunan lain turut didirkan dengan asas segiempat.. sebagai contoh SANTAGARA. Santhagara adalah satu dewan perhimpunan yang terdapat banyak kampung di sekitarnya..
Selain itu adalah dewan chaitya Budhha.. Konsep binaan nya ialah segiempat dan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada bilah-bilah kayu dan ditutupi dengan atap genting. Dinding dewan ini diperbuat daripada bata. Ia dibina tinggi pada paras tanah dan dipagari dengan selusur di sekeliling

Sunday, April 26, 2009

DoMe iN aRcHiTeCtUrE

DOME

Early dome
Domes appeared first on round huts and tombs in the ancient Near East, India, and the
Mediterranean region but only as solid mounds or in techniques adaptable only to the smallest buildings. They became technically significant with the introduction of the large-scale masonry hemispheres by the Romans. Domes, like vaults, evolved from the arch, for in their simplest form they may be thought of as a continuous series of arches, with the same centre. Therefore, the dome exerts thrusts all around its perimeter, and the earliest monumental examples required heavy walls. Since the walls permitted few openings and had to be round or polygonal to give continuous support, early domes were difficult to incorporate into complex structures, especially when adjacent spaces were vaulted.


Twentieth century domes
Newer techniques, however, have added practically to the expressive advantages of domes. The reinforced-concrete slab used in vaulting can be curved in length as well as width (like an inflated handkerchief or a parachute). And in this development the distinction between vaults and domes loses significance, being based on nothing but the type of curvature in the slab.
Geodesic domes, developed in the 20th century by R. Buckminster Fuller, are spherical forms in which triangular or polygonal facets composed of light skeletal struts or flat planes replace the arch principle and distribute stresses within the structure itself, as in a truss. Geodesic domes can be supported by light walls and are the only large domes that can be set directly on the ground as complete structures.

DOME IN BYZANTINE EMPIRE
Byzantine architects perfected a way of raising domes on piers instead of walls (like groin vaults), which permitted lighting and communication from four directions. The transition from a cubic plan to the hemisphere was achieved by four inverted spherical triangles called pendentives—masses of masonry curved both horizontally and vertically. Their apexes rested on the four piers, to which they conducted the forces of the dome; their sides joined to form arches over openings in four faces of the cube; and their bases met in a complete circle to form the dome foundation. The pendentive dome could rest directly on this foundation orupon a cylindrical wall, called a drum, inserted between the two to increase height.
The architecture of the Byzantine or Eastern Roman Empire which developed from Early Christian and late Roman antecedents in the 4th century, flourished principally in Greece, but spread widely and lasted throughout the Middle Ages until the fall of Constantinople to the Turks (1453). It is characterized by large pendentive-supported domes, round arches and elaborate columns, richness in decorative elements, and color. The most famous example is the Hagia Sophia in Istanbul (532–537).

The most imposing achievement of Byzantine architecture is the Church of Holy Wisdom or
Hagia Sophia. It was constructed in a short span of five years (532–537) during the reign of Justinian. Hagia Sophia is without a clear antecedent in the architecture of late antiquity, yet it must be accounted as culminating several centuries of experimentation toward the realization of a unified space of monumental dimensions. Throughout the history of Byzantine religious architecture, the centrally planned structure continued in favor. Such structures, which may show considerable variation in plan, have in common the predominance of a central domed space, flanked and partly sustained by smaller domes and half-domes spanning peripheral spaces.

The chief contribution of Byzantine architects, to the repertoire of structure forms and their use–fully develop pendentives and the use of the semi domes on a scale never before attempted, to buttress a trust from above.
The innovations occurred in the construction of Hagia Sophia in Constantinople. On the smaller scale, however the pendentives become so characteristic of later Byzantine architecture. It might be regarded either as a development of small triangular infill regions by means of which earlier Roman domes were set above polygons bases or and isolated triangular portion of a dome set directly over a square bases and large enough to extend the corner of the square.

As each of a group of pendentives rises out of its gradually close in towards the adjacent ones until all four meet in complete circle. Byzantine pendentives were normally constructed of brick with some solid baking to resist subsequent outward trust. Above the final circle it was usually a cornice of stone, and on this the dome was constructed.

DOME IN ISLAMIC ARCHITECTURE

Most masonry structures of importance were in arched, vault or domes forms. Cement, plaster and stucco were used for bas-relief carving and the highly decorative muqarnas techniques employed in the arched, vault and domes.

Lead-working, bronze casting and tie used of iron were well established techniques. Domes, roof and the steeples were often weathered in lead and iron was widely used in tie bars, grills and cramps.

The skill and techniques wood working and timber engineering was used form earliest period for roof construction including early domes.

Domes, iwan, cloister or portal may be emphasized or diminished as require within its proper station, and each contains elements which display the essential structure form.

DOME IN RENAISSANCE

The dome was unsuited to the lightness and verticality of late-medieval styles but was widely used in the Renaissance and Baroque periods. Renaissance builders adapted the Gothic rib system to dome construction and found new means to reduce loads and thrust (concentric chains, etc.) that permitted high drums and variations in the curvature of the dome. The awkward, tunnel like effect produced on the interior by high domes was often hidden by an internal shell built on the same foundations (as at Florence Cathedral and St. Paul’s Cathedral, London).

The dome is used frequently, both as a very large structural feature that is visible from the exterior, and also as a means of roofing smaller spaces where they are only visible internally. Domes had been used only rarely in the Middle Ages, but after the success of the dome in Brunelleschi’s design for the Basilica di Santa Maria del Fiore and its use in Bramante’s plan for St. Peter's Basilica (1506) in Rome, the dome became an indispensable element in church architecture and later even for secular architecture, such as Palladio's Villa Rotonda. The dome of St. Peter’s applies the same techniqies to hemispherical shells, while Wren’s dome of St. Paul is a complex mixture of stone inner dome, brick intermediate cone and timber roof, and was influenced by French examplesvsuch as Les Invalides in Paris.
Renaissance architecture Elements: Domes The dome is used frequently, both as a very large structural feature that is visible from the exterior, and also as a means of roofing smaller spaces where they are only visible internally. Domes had been used only rarely in the Middle Ages, but after the success of the dome in Brunelleschi’s design for the Basilica di Santa Maria del Fiore and its use in Bramante’s plan for St. Peter's Basilica (1506) in Rome, the dome became an indispensable element in church architecture and later even for secular architecture, such as Palladio's Villa Rotonda.








.

tEnSiOn AnD StReSs

macam2 nak kena wat minggu ni..design lg, drawink lg, assgment ita lg, exam history lg.. tensen sgt.. tp tringat blek lagu raihan yang lagu demi masa... lapang sebelum sempit.. dulu masa awl2 tak rasa ader sgt asgment... tapi skang bertubi2.. mungkin aku kot yang tak pandai nak urus masa... design asyik tak proceed jer... kadang2 tu rasa mcm tak dak bakat ja.. tengok org len wat hebat ja... bukan tak usaha... tp dah mcm2 dah wat... setakat ni dah dua org lec suwoh masuk om.. nampak sangat aku ni tak berbakat.. rendah rasa diri ni.. orang len wat hebat ja... ita yang senang tu pun aku tak leh wat.. mcm mana... rasa2 mcm nak quik tapi tak sanggup sebab dah part 3... rasa mcm suma org pandang aku tak lehwat.. malu sangat.. dah brapa kali aku nangis ni...

Wednesday, March 4, 2009

TeMu dAn BuaL


masa tengah bukak internet.. jumpa la satu blog ni.. temu bual dengan azmil atau di kenali sebagai ali setan


Azmil Umur 55 baru nak belajar ARAB dan jihadnya menuntut ilmu mmg hebat.2.Allah membantu insan yang berjihad3.Kenapa di Malaysia pendidikan Islam tidak ditekankan, malahan di Syria percuma4.Budaya memberi sangat tinggi dan itu memang kelebihan orang Arab.5.Pengaruh luaran menyebabkan anak rosak tetapi di Syria budaya yang Islamic mencorak hidup anak tersebut.6.Di Syria mereka beramal dengan Islam bukan sekadar bercakap contohnya: kaum lelaki mereka menghormati kaum hawa.7.Bacalah dan banyak pengajarannya memang kita amat jauh berbanding dengan mereka.

APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria ?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.
Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja.. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.
Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.
Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.
Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .
Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik


Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria ?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.
Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.
Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.
Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato¡¡¡ê¡è Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A.
Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.
Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya’.Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat..
Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?” Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.
Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria . Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?
Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ¡(r)terjajah¡¡¡ê¡è. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.
Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam.Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.
Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?I

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. SetiapAzmil Mustafabenda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.
Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.
Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.
Nasihat kepada rakan artisPendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

LaMbAt TaPi SeMpAt

25/3 ari tu aku lambat pi kelas sebab malam tu aku tido lewat.. wat assigment untuk kelas pemikiran mahathir.. pastu lambat pi kelas.. yang syoknya kelas bukan kat kelas tapi kat library. hehehehe... en ferdaus suwoh kami suma cari pasal sejarah, buday and hasil terjadinya rumah2 kat malaysia ni... and in firdaus suwoh antar pukul 2.. penat sangat sebab pukol 2 tu aku ader kels=as structure.. masuk lambat gat.. tapi naseb bek sempat...

Monday, February 23, 2009

PeLik TaPi KeNa PeRcAyA

manusia sekarang tak macam dulu.. sekarang ni banyak yang jadik bukan2.. memang betul la tanda2 dunia nak kiamat.. tapi aku harap dan aku nak aku sempat bertaubat nanti.. sebut pasal manusia banyak perangai manusia dah aku jumpa.. memang betul la Allah jadikan manusia tu berbagai2.. aku pun tergolong dalam tu gak sebab aku pun manusia.. Insya-Allah aku harap aku adalah lebih baik dari semalam.. tapi baru2 ni adala kenalan aku gaduh sama sendiri.. yang aku pelik tu salah tak besar mana pun cuma kita kena pandai control.. apa2 masalah pun kalo kita pandai control masalah bleh terkawal.. aku penah baca buku n aku terjumpa ayat ni.. lebih kurang macam.. Allah takkan turunkan ujian yang tak mampu untuk hambaNya tempuhi melainkan ujian itu merupakan satu bala untuk nya. kiranya kalo kita sampai tak mampu untuk hadapi maknanya kita bukan di uji tapi diturunkan bala... balik kat msalah kenalan aku tadi yang sorang ni tak patut la nak tengking lagi sorang walaupun dia wat salah.. pas tu tak mau tegur..bukan apa kita sebagai manusia perlu ada limit dalam apa pun yang kita wat baru la suma benda dalam sederhana... entah la.. kadang2 pun aku pelik dengan perangai sorang2 ni termasuk aku.. aku tak leh kata aku ni perfect sebab tak da satu org yg perfect pun dalam dunia ni melainkan Rasulullah S.A.W.. apa2pun anggap ni satu ujian yang bila kita tempuh akan mematang kan kita